
SEJARAH PENUBUHAN
![]()
Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Seksyen 7, Shah Alam (SRI Al-Amin) telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007 dengan hasrat membantu pihak kerajaan khususnya iaitu Kementerian Pendidikan dan juga pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam menampung kepadatan penempatan pelajar di sekolah-sekolah agama serta meningkatkan nilai pendidikan Islam yang berintegrasi. Peningkatan nilai pendidikan ini akan memberi peluang dan ruang yang lebih meluas kepada anak-anak untuk menimba dan mengamalkan ilmu pengetahuan yang lengkap terutamanya dalam bidang agama bagi menghadapi cabaran kehidupan di masa akan datang khususnya dalam menghadapi era baru yang lebih mencabar ini.
Peluang-peluang terhad di sekolah-sekolah agama JAIS mendorong pihak pengurusan mengambil inisiatif ini bagi menubuhkan sekolah ini dengan membuka sebanyak yang mungkin peluang kepada anak-anak kita untuk menimba ilmu agama Islam, warisan nabi Muhammad S.A.W.
Objektif utama SRI Al Amin adalah untuk memberikan prasarana yang selesa dan selamat bagi para pelajar menimba ilmu seterusnya cemerlang di dalam aliran agama bagi membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk terus menyambung pengajian di dalam aliran agama di peringkat menengah.
Antara pencapaian terkini para pelajar SRI Al-Amin adalah dengan mendapat 29 berkeputusan Mumtaz daripada 40 orang pelajar (72.5%) yang menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada peperiksaan tahun 2025 dan juga 16 orang pelajar mendapat keseluruhan 9A daripada 42 orang yang menduduki peperiksaan percubaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2024.
Pencapaian ini menunjukkan komitmen daripada pihak sekolah bagi memastikan para pelajar SRI Al Amin terus cemerlang bagi membuka peluang yang lebih kepada mereka untuk menyambung pengajian dalam aliran agama.