SISTEM PEMBELAJARAN
![]()
SRI Al Amin menggunakan sistem pembelajaran mengikut sukatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menggunakan kaedah Kurikulum Pendidikan Islam yang diperakui oleh MAIS. Buku teks yang digunakan adalah buku-buku yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kurikulum JAIS. Sekolah kami juga melaksanakan kegiatan Ko-Kurikulum yang bersesuaian dengan kurikulum mengikut perkembangan murid dari semua aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani. Murid adalah berumur 7 tahun hingga 12 tahun. Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dilaksanakan khusus bagi murid Tahun 5 (11 Tahun). Manakala, Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) dilaksanakan ketika murid berada di Tahun 6 (12 Tahun).